Drama PLAYBOY ITU SUAMI AKU (TV3) - senarai drama adaptasi novel

Drama PLAYBOY ITU SUAMI AKU (TV3)




PLAYBOY ITU SUAMI AKU merupakan drama yang menggantikan LOVE YOU MR ARROGANT dalam drama Slot Akasia di TV3. 
TAJUK MONTAGE : "PLAYBOY" ITU SUAMI AKU...
PENGARAH DRAMA : AZMI HATTA
PENGARAH MONTAGE : KAS ROSHAN
EPISOD : 28 EPISOD
SIARAN : ISNIN hingga KHAMIS
MASA : 7pm - 8pm
PELAKON : FATTAH AMIN, RISTEENA MUNIM, CHACHA MAEMBONG, PUTERI NAJUWA, WAN SHARMILA, AYANG ABBAS, NORALBANIAH, KHAIRIL ANWAR, DILLA AHMAD, HILAL AZMAN, BEN AMIR & AYU RUHAIZAH

LAGU TEMA : RINDUKANLAH
ARTIS : ENCIK MIMPI
LAGU & LIRIK : RUMHADI RUMNAN & NICO BERAHMANA

SKRIP : WAN MAHANI WAN HASSAN
PENERBIT : MOHD RUSLAN HAJI OSMAN & TENGKU NORAISHAH TENGKU HJ ABDUL AZIZ
DRAMA TERBITAN : TEMENGGONG PICTURES SDN BHD

SINOPSIS NOVEL PLAYBOY ITU SUAMI AKU

‘Playboy Itu Suami Aku’ mengisahkan Afina (Nur Risteena), seorang gadis lemah lembut dan sopan santun ditemukan jodoh dengan Adrian (Fattah Amin), seorang playboy. Afina mempunyai seorang adik kembar tidak seiras, Afisya (Cha Cha Maembong) ataupun Fisya yang suka bersosial dan merupakan salah seorang teman wanita kepada Adrian.

Pada awal perkenalan mereka, Afina disimbah dengan air lopak apabila Adrian membawa kereta mewahnya dengan laju. Adrian bukan sahaja tidak minta maaf malah dia tidak sekalipun memperlahankan keretanya. Raja Adrian Benjamin ataupun ‘King’ (King of Crocodile) sering membuatkan Afina panas hati.

Afina terlibat dalam sebuah kemalangan dan koma. Selepas dia sedar, dia hilang ingatan dan menjadi penghidap amnesia. Afina menjadi bingung kenapa dia boleh berkahwin dengan seorang playboy.  Adrian pula mengingatkannya tentang janji mereka bahawa mereka akan terus menyamar sebagai pasangan yang bahagia di hadapan ibu bapanya sehingga Adrian dilantik sebagai CEO. Fisya pula meninggalkan Malaysia untuk menyambung pelajaran di luar negara.

Selepas sedar dari koma, Afina berubah menjadi seorang yang lebih kasar dan berani melawan. Afina tidak lagi bersabar dengan karenah Adrian dan permintaan yang bukan-bukan daripadanya. Malah, Afina juga menuntut cerai. Mereka kerap kali bertegang urat dan saling membuli hingga memutikkan bunga-bunga cinta di taman hati masing-masing. Di saat Adrian bersedia membuka pintu hatinya dan mula mencintai Afina, Afina telah meninggalkan Adrian tanpa pesanan. Apakah kepulangan Fisya mengundang masalah dalam hidup Adrian dan Afina? Adakah Adrian masih sudi mempercayai cinta Afina dan mereka berdua akan kembali bersama?




GAMBAR GAMBAR PELAKON PLAYBOY ITU SUAMI AKU (TV3)














Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Drama PLAYBOY ITU SUAMI AKU (TV3)"

Catat Ulasan