Drama Dendam 5 Beradik - senarai drama adaptasi novel

Drama Dendam 5 Beradik



drama terbaru berjudul Dendam 5 Beradik yang akan bersiaran mulai 1 Mac di Astro Box Office Movies Tayangan Hebat. Drama besiri 6 episod ini diarahkan oleh Along Kamaludin menampilkan beberapa pelakon hebat seperti Datuk Eizlan Yusof, Shah Jaszle, Ana Dahlia, Shukri Yahaya, Sharifah Sakinah dan Sobri Anuar.

Drama ini lebih mengisarkan mengenai kisah kisah penyiasatan dalam menyelesaikan kes jenayah. Menariknya setiap episod untuk drama ini berdurasi 110 minit menyamai sebuah filem.  

JUDUL : Dendam 5 beradik 
TARIKH : Mulai 1 Mac
SIARAN : Astro Box Office Movies Tayangan Hebat (saluran 953)
PENGARAH : Along Kamaludin 
PELAKON : Datuk Eizlan Yusof, Shah Jaszle, Ana Dahlia, Shukri Yahaya, Sharifah Sakinah dan Sobri Anuar

SINOPSIS DRAMA DENDAM 5 BERADIK

Dendam 5 Beradik me­ngisahkan mengenai lima beradik iaitu Suffian lakonan Datuk Eizlan Yusof, Haniff (Shah Jaszle), Watie (Ana Dahlia), Mikhail (Shukri Yahaya), Sal­ly (Sharifah Sakinah) dan Ray (Sobri Anuar) yang melakukan satu perancangan paling rapi untuk menuntut bela di atas kematian bapa mereka. Bapa mereka dibunuh kejam di depan mereka ketika masing-masing masih kecil. Ia mengakibatkan dendam menguasai diri lima beradik itu. 


Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Drama Dendam 5 Beradik"

Catat Ulasan