Drama Lara Ameena (TV1) - senarai drama adaptasi novel

Drama Lara Ameena (TV1)


Saksikan drama bersiri terbaru berjudul Lara Ameena sebuah karya Nurhalim Hj. Ismail akan bersiaran mulai 27 April 2014 iaitu setiap hari Sabtu dan Ahad jam 7.00 petang di TV1. Drama terbitan Nur TV Productions Sdn Bhd mengisahkan mempertembungkan yang haq dan batil juga pertembungkan kehidupan jahiliyah dan menegakkan hukum. Antara pelakon membintangi drama ini ialah Iqram Dinzly, Zarina Zainoordin, Zarynn Min, Zaidi Omar, Sheila Mambo, Nisha Dirr, Reen Rahim, Zamarul Hisham dan Ezany Nizarif.

TAJUK : Lara Ameena
TARIKH : 27 April 2014
SIARAN : Sabtu & Ahad jam 7.00 - TV1 (RTM)
PENGARAH : Nurhalim Hj. Ismail 
TERBITAN : Nur TV Productions
PELAKON : Iqram Dinzly, Zarina Zainoordin, Zarynn Min, Zaidi Omar, Sheila Mambo, Nisha Dirr, Reen Rahim, Zamarul Hisham dan Ezany Nizarif.

SINOPSIS LARA AMEENA

Kisah perjalanan hidup seorang eksekutif, Amena yang menuntut fasakh terhadap suaminya Fauzan. Amena sudah tidak sanggup lagi hidup bersama Fauzan yang suka mendera fizikal dan mental. Fauzan bukan saja tidak mahu insaf dari hidup yang terkeluar dari landasan islam malah menghalang niat Ameena untuk menjadi pengamal Islam yang ikhlas. Menyedari haknya dari segi syarak, Amena membuat tuntutan fasakh.




Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Drama Lara Ameena (TV1)"

Catat Ulasan